Selamat Datang, anda boleh login atau buka akaun.

LEBAT LENTIK MASCARA

Brand: V'Asia
Product Code: V ' ASIA
Availability: In Stock
Diskaun LEBAT LENTIK MASCARA
Produk dilihat: 631
RM24.00 RM26.00
Jimat: 8%
Lebat Lentik Mascara membantu melebat, melentik dan memanjangkan lagi bulu mata agar sepasang mata anda tampil lebih galak dan mempesona. Malah, Lebat Lentik Mascara hadis dengan formula kalis air dan tahan lebih lama untuk mengekalkan keanggunan sepanjang hari.
 
Sikat bulu mata diberi percuma.
 
Khasiat Lebat Lentik Mascara V’Asia
  1. Membantu melentikkan bulu mata
  2. Memanjangkan dan menebalkan bulu mata secara semulajadi
  3. Menampakkan bentuk mata dengan sempurna
  4. Mengukuhkan helaian bulu mata dari akar ke hujung
 
Kandungan Lebat Lentik Mascara V’Asia
  1. Talc: Talc atau talkum merupakan bahan mineral metamorfik yang terdiri daripada magnesium silikat yang terhidrat dan sering digunakan dalam pelbagai jenis industri seperti industri makanan, farmaseutikal dan kosmetik. Talc berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan iritasi kulit yang disebabkan oleh peluh yang berlebihan.
  2. Cyclomethicone: Cyclomethicone adalah sejenis cecair yang bebas dari alkohol yang berfungsi sebagai bahan pelarut yang lembut dan tidak mengganggu keselesaan kulit.
  3. Capyrylic/Capric Triglyceride: Gabungan triester yang terhasil dari asid lemak minyak kelapa dan glycerin ini mampu menyerap ke dalam lapisan sekaligus berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya mencegah daripada kerosakan sel di samping membantu menggalakkan fungsi vitamin, pigmen, dan bahan aktif lain di dalam sesuatu produk.
  4. Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa berupaya melembutkan kulit yang kasar dan kering serta mampu menanggalkan kesan mekap dengan berkesan. Ia juga berperanan untuk melembap dan menyerikan lagi kulit wajah. Selain itu, masalah yang berkaitan dengan kulit seperti kulit sensitif, jerawat mahupun luka dan calar pada kulit juga dapat diatasi dengan menggunakan minyak kelapa.
  5. Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan ultraungu.
  6. Aluminium Starch Octenylsuccinate: Ia merupakan karbohidrat kompleks yang terhasil daripada tumbuhan dan bertindak menggalakkan fungsi SPF untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.
  7. Polyglyceryl-3 Diisostearate: Polyglyceryl-3 Diisostearate adalah sejenis sebatian hidroksi yang berfungsi sebagai bahan penstabil untuk kosmetik di samping berperanan sebagai bahan pelembap.
  8. Tocopheryl Acetate: Sebatian ini turut dipanggil Vitamin E acetate, dan berfungsi sebagai antioksida yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Tocopheryl Acetate juga mampu mencegah penuaan kulit, mengatasi radang kulit serta memperbaiki struktur kulit.
  9. Ethylhexyl Methoxycinnamate: Turut dipanggil Octyl Methoxycinnamate, penggunaan utamanya adalah dalam suncreens dan kosmetik lain untuk menyerap UV-B sinar dari matahari, melindungi kulit daripada kerosakan. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kemunculan parut.
  10. Ethylhexyl Stearate: Ethylhexyl Stearate yang juga dikenali sebagai Octyl Stearate ini terhasil daripada minyak sayuran dan berfungsi sebagai bahan pelarut di samping berupaya mengekalkan kelembapan kulit.
  11. BHT (Butylhydroxytoluene): BHT adalah sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas dan penuaan kulit.
  12. Methylparaben: Sebatian yang turut dipanggil Methyl-4-hydroxybenzoate ini juga merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk membasmi pembiakan mikrobiotik.
  13. Propylparaben: Ia merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan yang berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat.
 
Cara Penggunaan Lebat Lentik Mascara V’Asia
  1. Oleskan Lebat Lentik Mascara dari akar ke hujung bulu mata dengan gerakan zig zag
  2. Untuk mencegah gumpalan, oleskan maskara dari bawah bulu mata menghala ke atas
  3. Gunakan sikat bulu mata untuk merapikan bulu mata agar tampil lebih semulajadi

Write a review

Your Name:

Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




×


×


×


×


×


×


×