Selamat Datang, anda boleh login atau buka akaun.

FANTASY SKIN CARE

Brand: D'Herbs
Product Code: FANTASY SKIN CARE
Availability: In Stock
Diskaun FANTASY SKIN CARE
Produk dilihat: 715
RM89.00 RM99.00
Jimat: 10%

Fantasy Skin Care keluaran D’Herbs dilengkapi dengan Pencuci, Serum, Krim Siang dan Krim Malam yang bertindak memelihara kejelitaan dan keremajaan kulit wajah anda. Ia diformulasi menggunakan ramuan semulajadi seperti betik, Aloe Vera, teh hijau dan minyak Argan yang terbukti berkesan untuk mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam, kedutan, kulit kering dan kusam di samping membantu melindungi kulit wajah anda daripada kerosakan akibat sinaran UV.

Kebaikan Fantasy Skin Care

  • Memelihara keremajaan kulit wajah dengan berkesan
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit wajah
  • Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Menanggalkan kesan kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Membantu merawat masalah jerawat, jeragat, parut, bintik-bintik hitam, kulit kering dan kusam
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Mengecilkan liang pori
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari dan UV
  • Mencegah proses penuaan kulit
  • Menjadikan kulit wajah tampil lebih cerah, anggun dan berseri
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Kandungan Fantasy Skin Care

Pencuci

  • Bunga Matahari: Biji bunga matahari tinggi kandungan vitamin A, C, D dan E yang berupaya merawat masalah jerawat, kegatalan dan ekzema di samping melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran mahupun sinaran UV seterusnya melambatkan proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengekalkan kelembapan kulit, menanggalkan sel kulit mati, serta menyingkirkan cela pada kulit agar kulit tubuh anda tampil lebih halus dan bermaya.
  • Zaitun: Minyak zaitun tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara keremajaan kulit serta mencegah kerosakan kulit akibat pencemaran mahupun pancaran cahaya matahari. Di samping itu, vitamin E turut berupaya meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menjana tisu kulit bagi menjadikan kulit lebih halus dan lembut di samping membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus pada permukaan kulit.
  • Betik: Buah yang kaya dengan vitamin C ini berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, eczema dan psoriasis. Betik juga mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati selain bertindak menghalus dan meremajakan kulit anda.
  • Lemon (Citrus Lemon): Lemon yang kaya dengan kandungan antioksidan dari sumber vitamin C ini bukan sahaja mampu menentang penuaan kulit, malah berupaya mencerahkan kulit, mengawal masalah kulit berminyak serta menyingkirkan kesan cela seperti jerawat, bintik-bintik hitam, parut dan jeragat. Malah, buah lemon juga mampu mengatasi masalah pigmentasi, meningkatkan kelembapan dan ketegangan kulit serta menyingkirkan sel kulit mati seterusnya membantu mengekalkan kehalusan kulit anda.

Serum

  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta mengekalkan kelembapan kulit. Aloe vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.

Krim Siang

  • Beeswax: Beeswax atau cera alba merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Sweet Almond: Sweet almond merupakan badam yang mempunyai rasa manis serta tumbuh dari pokok yang berbeza dari badam biasa. Ia mengandungi linolein, protein, vitamin dan mineral serta ternyata mampu mengekalkan kesegaran dan keremajaan kulit. Ia juga berupaya memelihara kelembapan kulit serta sesuai untuk kegunaan kulit kering dan sensitif.
  • Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksidan dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta mengekalkan kelembapan kulit. Aloe vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Arbutin: Arbutin merupakan ekstrak dari buah bearberi yang berperanan sebagai agen pencerah kulit semulajadi tanpa merosakkan sel kulit. Ia turut berupaya membantu mengimbangi tona kulit agar lebih sekata, membantu mengatasi masalah kulit termasuk kulit sensitif dan alahan di samping melindungi dan memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).

 

Krim Malam

  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta mengekalkan kelembapan kulit. Aloe Vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Lemon: Lemon yang kaya dengan kandungan antioksidan dari sumber vitamin C ini bukan sahaja mampu menentang penuaan kulit, malah berupaya mencerahkan kulit, mengawal masalah kulit berminyak serta menyingkirkan kesan cela seperti jerawat, bintik-bintik hitam, parut dan jeragat. Malah, buah lemon juga mampu mengatasi masalah pigmentasi, meningkatkan kelembapan dan ketegangan kulit serta menyingkirkan sel kulit mati seterusnya membantu mengekalkan kehalusan kulit anda.
  • Likuoris: Likuoris atau akar manis tinggi kandungan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Di samping itu, ia juga berupaya mengatasi masalah kulit dan radang, memudarkan bintik-bintik hitam, parut dan kesan cela serta membantu meningkatkan kecerahan kulit.
  • Teh Hijau: Teh hijau mampu mengatasi masalah radang serta mengurangkan kemerah-merahan dan kegatalan pada kulit. Teh hijau turut kaya dengan antioksidan yang berupaya mencegah kerosakan sel di samping mencegah kedutan dan garis-garis halus bagi membantu menyerlahkan keremajaan kulit anda.

Cara Penggunaan Fantasy Skin Care

Siang:

  1. Cuci wajah menggunakan Pencuci Fantasy Skin Care.
  2. Setelah wajah dikeringkan, titiskan Serum pada tapak tangan dan sapukan di bahagian muka.
  3. Kemudian, sapu dan ratakan Krim Siang pada seluruh wajah anda

Malam:

  1. Cuci wajah menggunakan Pencuci Fantasy Skin Care.
  2. Setelah wajah dikeringkan, titiskan Serum pada tapak tangan dan sapukan di bahagian muka.
  3. Kemudian, sapu dan ratakan Krim Malam pada seluruh wajah anda.

 

 

Write a review

Your Name:

Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




×


×


×


×


×


×


×