Selamat Datang, anda boleh login atau buka akaun.

LOSYEN MUSTAJAB ROSE SCENT

Diskaun LOSYEN MUSTAJAB ROSE SCENT
Produk dilihat: 402
RM22.00 RM24.00
Jimat: 8%

Khasiat Bunga Ros Terhadap Manusia
Bunga ros dianggap sebagai ‘Ratu Bunga’ kerana keistimewaannya dan simbolik dalam kehidupan. Ianya bukan saja menjadi lambang cinta tapi keharuman serta kegunaannya sebagai penawar yang boleh merawati pelbagai penyakit. Kesemua bahagian bunga ros mempunyai khasiatnya yang tersendiri samada kelopak, air ros, minyak pati ros dan buah bunga ros memberikan kesan transformatif kepada minda, badan dan pemikiran manusia. Berdasarkan penyelidikan daripada saintis Jerman, mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa dan meredakan kebimbangan serta kemurungan atau dengan kata lain, anti-depressi.

Khasiatnya Yang Pelbagai Menjadi Pilihan
Khasiat Bunga Ros yang pelbagai menjadikan ia salah satu bahan yang dipilih untuk menghasilkan Losyen Mustajab Rose Scents. Seperti Losyen Mustajab yang lain, Losyen Mustajab Rose Scents digunakan untuk mengurangkan selulit dengan sapuan nipis pada tempat-tempat bermasalah seperti perut, pinggul dan peha. Sapukan selepas mandi dan sebelum tidur kerana kulit yang lembap lebih mudah untuk memastikan losyen ini menyerap dengan baik.

Haruman Yang Wangi Dan Menenangkan
Membantu melangsingkan badan dan mendapatkan berat yang ideal, Losyen Mustajab Rose Scents boleh digunakan untuk kemana-mana sahaja samaada ketika ke pejabat atau membeli belah dipasaraya kerana bauan bunga ros yang sangat harum dan menenangkan jiwa si pemakai. Kini, tiada siapa yang tahu anda sedang melangsingkan badan. Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, gunakan bersama dengan bengkung dan sedikit urutan. Losyen Mustajab Rose Scents cepat menyerap, tidak melekit dan tidak meninggalkan kesan minyak pada pakaian.

Mudah Dibawa Dan Sangat Efektif
Selain itu, Losyen Mustajab Rose Scents dapat membantu mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot serta sakit belakang. Rasa hangat yang berpanjangan boleh menjimatkan kerana hanya sedikit losyen yang diperlukan untuk sapuan pada tempat bermasalah. Saiznya yang kecil memudahkan untuk dibawa di dalam beg tangan dan boleh digunakan pada waktu-waktu kecemasan atau dibawa ke pusat kesihatan untuk digunakan ketika bersenam.

Kaya Dengan Vitamin
Mengandungi Vitamin A, B3, C, D dan E, Losyen Mustajab Rose Scents amat baik untuk kulit dan juga bersifat antiseptik yang amat sesuai untuk masalah ruam dan Eczema. Sapuan nipis pada kawasan terlibat akan membantu mengurangkan masalah tersebut. Kesan sakit akibat senggugut juga boleh dikurangkan dengan sapuan Losyen ini.

Wangi dan mudah dibawa kemana-mana sahaja, Losyen Mustajab Pati Halia Rose Scents memang mustajab!!.

logo-kualiti

Harga : SM RM24.00 / SS RM27.00
Kandungan : 100ml
KKM : NOT150304012K

 

 

Khasiat & Fungsi Losyen Mustajab Rose Scents

 


  • ✓ Membantu Mengurangkan Selulit Di Bahagian Perut, Peha Dan Lengan

     

    ✓ Mengurangkan Sakit Sendi Dan Otot

    ✓ Membantu Membakar Lemak Dan Melangsingkan Badan

    ✓ Membantu Mengurangkan Keradangan Dan Kesakitan Sendi

    ✓ Membantu Menguatkan Daya Ingatan Dan Meredakan Kebimbangan Serta Kemurungan


  • ✓ Membantu Proses Penghadaman

     

    ✓ Melancarkan Kitaran Haid Dan Masalah Rahim

    ✓ Bertindak Sebagai Antiseptik Yang Amat Sesuai Untuk Masalah Ruam Dan Eczema

    ✓ Mengandungi Vitamin A, B3, C, D dan E

    ✓ Sesuai Digunakan Bersama Bengkung Untuk Kesan Yang Lebih Optimum

 

Write a review

Your Name:

Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




×


×


×


×


×


×


×