Selamat Datang, anda boleh login atau buka akaun.

PARAM PILIS MAK DARA

Product Code: JAMU MAK DARA
Availability: In Stock
Diskaun PARAM PILIS MAK DARA
Produk dilihat: 508
RM25.00 RM27.00
Jimat: 7%

Param Pilis Mak Dara diperkaya dengan khasiat Aloe Vera, beras dan cekur yang berupaya memelihara kehalusan dan keanjalaan kulit di samping membantu membuang angin dalam badan dan menyegarkan tubuh ibu dalam pantang.

Sesuai digunakan apabila melakukan urutan ringan.

 

Kebaikan/Kelebihan/Khasiat/Fungsi


1) Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit

2) Menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit

3) Meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit

4) Membuang angin dalam badan

5) Memudarkan kesan parut

6) Mempercepatkan proses penyembuhan luka

7) Membantu mengecutkan rahim ibu bersalin

8) Memperbaiki tona kulit agar lebih cerah dan sekata

9) Mengatasi masalah kegatalan

10) Menghilangkan kesan selulit dan regangan pada kulit

11) Menyegarkan kulit dan tubuh badan

 

Kandungan


Krim Asas: Krim asas merupakan antara bahan utama yang digunakan di dalam produk ini serta berupaya memelihara dan melindungi kulit di samping mengekalkan kelembapan kulit.

Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan kulit.

Acrylate: Bahan ini berperanan sebagai bahan penstabil bagi melindungi produk ini daripada kelembapan di samping membantu memelihara kulit daripada kerosakan.

Beras: Beras bukan hanya menjadi makanan ruji masyarakat di Malaysia, malah mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang berupaya menyingkirkan sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit anda agar ia kelihatan lebih remaja dan berseri.

Cekur: Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu menguatkan tulang dan otot, membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diambil ibu dalam pantang.

 

Cara Penggunaan

1) Sapu minyak Param Pilis Mak Dara ke seluruh tubuh atau bahagian yang dikehendaki.

2) Urut perlahan-lahan sehingga ia meresap ke dalam kulit.

3) Boleh digunakan pada bila-bila masa.

4) Untuk kegunaan luaran sahaja.

 

 

 


Write a review

Your Name:

Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




×


×


×


×


×


×


×