Selamat Datang, anda boleh login atau buka akaun.

HABBATUS SAUDA & MADU PLUS

Brand: D'Herbs
Product Code: D ' HERBS
Availability: In Stock
Diskaun HABBATUS SAUDA & MADU PLUS
Produk dilihat: 1238
RM30.00 RM32.90
Jimat: 9%
KAPSUL HABBATUS SAUDA & MADU PLUS ini merupakan persediaan herba yang menghimpunkan kebaikan dari sumber Habbatus Sauda bersama madu, pegaga dan Ginkgo Biloba sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tambahan untuk memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Sesuai untuk seisi keluarga.
 
 
KHASIAT KAPSUL HABBATUS SAUDA & MADU PLUS D’HERBS
  1. Membekalkan tenaga dan kecergasan
  2. Meningkatkan sistem imunisasi bagi membantu mencegah serangan penyakit
  3. Memelihara sistem saraf
  4. Menjana kecerdasan dan kecergasan minda
  5. Membantu meningkatkan daya memori dan konsentrasi
  6. Memelihara kecantikan kulit
  7. Meningkatkan tahap metabolisme
  8. Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman
  9. Mencegah penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi
  10. Melancarkan sistem pencernaan dan pernafasan
  11. Membantu mengurangkan risiko serangan kanser
  12. Memelihara tulang dan gigi
  13. Menyegarkan tubuh badan
  14. Meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh
 
KANDUNGAN KAPSUL HABBATUS SAUDA & MADU PLUS D’HERBS
  1. Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.
  2. Pegaga: Pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang bukan sahaja mampu memelihara kecantikan kulit, malah berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ. Di samping itu, pegaga turut mampu mengatasi keletihan, mengurangkan kesan selulit serta menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya membantu mencegah serangan penyakit serta menggalakkan penurunan berat badan.
  3. Ginkgo Biloba: Turut dikenali sebagai pokok Maidenhair, Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini diiktiraf oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiatnya yang berupaya meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan daya memori dan pemikiran terutamanya pesakit Alzheimer vascular dementia.
  4. Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
 
CARA PENGAMBILAN KAPSUL HABBATUS SAUDA & MADU PLUS D’HERBS
  1. Bagi dewasa: Ambil 1 hingga 2 biji kapsul setiap kali selepas sarapan pagi dan makan malam.
  2. Bagi kanak-kanak: Ambil 1 biji kapsul setiap kali selepas sarapan pagi dan makan malam. Buka kapsul dan bancuh kandungannya bersama makanan atau minuman suam.
  3. Tidak sesuai untuk ibu hamil dan yang menyusukan anak.
  4. Simpan di tempat yang dingin dan kering.
  5. Produk ini merupakan persediaan tradisional. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini.
 

 

Write a review

Your Name:

Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




×


×


×


×


×


×


×