Selamat Datang, anda boleh login atau buka akaun.

24K FACIAL SCRUB GEL

Brand: V'Asia
Product Code: V ' ASIA
Availability: In Stock
Diskaun 24K FACIAL SCRUB GEL
Produk dilihat: 529
RM26.00 RM28.00
Jimat: 7%
24K Facial Scrub Gel diformulasi dengan rumusan kolagen, hablur emas dan vitamin C bersama campuran ekstrak nanas dan Aloe Vera.
 
KEBAIKAN 24K FACIAL SCRUB GEL V’ASIA
  1. Membersihkan kulit wajah tanpa pengelupasan
  2. Menanggalkan sisa kotoran, minyak dan sel kulit mati
  3. Meningkatkan ketegangan dan keremajaan kulit wajah
  4. Memelihara kelembapan dan kelembutan kulit
  5. Menyingkirkan bintik-bintik hitam pada wajah
  6. Mengurangkan masalah jerawat, parut, jeragat dan masalah kulit kusam
  7. Meningkatkan keanjalan kulit wajah
  8. Mencegah penuaan kulit pra-matang
  9. Memulihkan kerosakan kulit akibat pencemaran toksin dan sinaran UV
  10. Menyegarkan kulit wajah anda
KANDUNGAN 24K FACIAL SCRUB GEL V’ASIA
  1. Air Suling: Air yang telah disuling ini merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  2. Gliserin: Gliserin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  3. Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit agar kulit tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, ia turut berupaya membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit seperti kegatalan dan kulit kering, memudarkan kesan parut serta mengekalkan kelembapan kulit.
  4. Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  5. Emas: Emas sering digunakan oleh masyarakat tradisional Mesir bagi rawatan kulit. Ia berupaya mencerahkan warna kulit, memelihara sel kulit agar ia tampil lebih sihat dan bermaya, di samping menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit seterusnya memelihara kehalusan, kelembapan dan keanjalan kulit anda.
  6. Allantoin: Allantoin merupakan sebatian organik yang berperanan menggalakkan pemulihan sel tubuh dan mengekalkan kehalusan kulit di samping mengatasi masalah luka, kesan terbakar, dan parut.
  7. Sodium PCA (Asid Pyrrolidone Carboxylic): Sebatian ini merupakan asid amino yang bertindak memelihara kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering dan kasar.
  8. Nanas: Nanas kaya dengan kandungan vitamin C dan kalium (potassium) yang merupakan agen antioksidan yang bukan sahaja berupaya mencegah proses penuaan, malah dapat membantu mengatasi masalah jerawat yang menjejaskan penampilan anda.
  9. Hexadecyltrimethyl Ammonium: Sebatian yang turut dikenali dengan nama cetrimonium bromide mempunyai sifat antiseptik yang bertindak memelihara kandungan produk ini daripada kerosakan akibat jangkitan kuman seterusnya membantu mengekalkan keberkesanannya.
  10. Imidazolidinyl Urea: Imidazolidinyl Urea adalah bahan pengawet yang membantu mencegah serangan bakteria daripada merosakkan ramuan di dalam produk ini.
  11. Ethanol: Ethanol merupakan sejenis sebatian yang terhasil melalui proses penapaian gula bersama yis. Selain berfungsi sebagai bahan pelarut di dalam produk ini, ia mempunyai sifat antiseptik yang bertindak membasmi jangkitan kuman yang boleh merosakkan kulit.
  12. Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
CARA PENGGUNAAN 24K FACIAL SCRUB GEL V’ASIA
  1. Lumurkan 24K Facial Scrub Gel ke seluruh wajah.
  2. Biarkan selama 1 minit.
  3. Gosok secara perlahan-lahan bagi menyingkirkan kotoran dan sel kulit mati pada wajah.
  4. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu untuk kesan yang berganda.

 

Write a review

Your Name:

Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




×


×


×


×


×


×


×